Ramai yang tak tahu atau keliru dengan spesies Ikan Toman ni. Inilah Ikan Toman Bunga atau orang tempatan pangil 'Kerandang'. Ikan ni, memang payah untuk ditemui, tamburan hanya terdapat dikwasan pendalaman perpaya.
Saya dengan beberapa orang kawan telah berjaya menawan spesies ini di satu daearh selangor dengan berpandukan seorang 'pakar'. Berbekalkan umpan katak yang sudah menjadi 'favourate' karandang kami berjaya menewaskan hampir sepuluh ekor ketika itu. Kehadiran kami memang kene pada masanya sebab ketika itu memang musim spesies ini.
Pemandu kami berkata jika kami datang pada salah hari atau bukan musim, nak cari sekor pun payah. Sudahlah payah nak dapat, nak carik lubuk nya pun kene meredah paya selut sejauh 5 ke 10 kilometer. Dengan berbekalkan semangat serta sedikit pengalas perut kami sampai dikawasan lubuk seawal 8.00pagi. Ketika tu, memang kene timing lah bak kata orang.
Pertama kali saya memancing ikan toman bunga, saya sangkakan macam mancing ikan haruan kene casting rupanya terpaksa main ulur je dicelah-celah rimbunan pokok renek. Susah jugak pada awalnya sebab nak rembat atau sentap memanjang kena pokok je, silap hari bulan mahu patah joran dalam hati saya berkata.
Setelah di tunjuk ajar oleh pemandu kami yang sememang nya sudah biasa memancing toamn bunga akhirnya saya berjaya mendaratkan 5 ekor pada hari tu.
cerita selanjut disini atau layari www.malaysiaangler.com/forum
Subscribe to:
Posts (Atom)