Baru-baru ni sedang saya searching saya terjumpa image ikan kelah di MFN. Memang besar...tak heranlah ikan kelah itu ditawan sekitar tahun 70'an sebab saya pernah berkata kelah memang banyak waktu sekitar 70'an dan 80'an masa tu memang kurang sangat pemburu ikan kelah ni..


ikan :kelah
berat :18 kilogram
lokasi :sungai kelantan
tahun :sekitar 70an
rod/mesin:abu cardinal...
pemilik :che wan indera

sumber dari MFN



Memancing ikan sebarau boleh dikatakan senang jugak lah berbanding ikan kelah. Hanya teknik casting dan gewang(lure) yang tepat akan memberikan kesan yang baik. Pemilihan lure hendaklah bersesuaian dengan keadaan tempat atau lubuk ikan sebarau. Ada sesetengah lubuk ikan sebarau tidak memilih lure. Lure spoon pun sudah boleh memikat ikan sebarau yang bersaias mega. Sesetengah lubuk ikan sebarau pula lure yang berbentuk ikan tiruan serta color yang terang amat diperlukan. Lokasi atau lubuk ikan sebarau yang sering menjadi tumupuan ialah di Tasek Kenyir. Bulan dua belas sehingga bulan dua adalah tarikh yang seuai untuk memburu ikan sebarau. Dimana masa itu ikan sebarau sedang menganas dan berpesta.



Ikan Kelah adalah ikan yang amat kuat, pantas dan lasak. Jadi untuk memburu ikan sebegini sudah pastinya memerlukan kekili yang bermutu yang harganya mahal sedikit. Apabila sebut pasal kekili bermutu, ia akan mempunyai shaf yang besar dan teguh yang dapat menerima hentakan atau rembatan yang kuat dan terdiri dari bahan yang tahan karat. Zaman memilih kekili bagi saya telah berlalu tetapi di bawah ini saya cadangkan beberapa model kekili yang amat sesuai untuk bertempur dengan kelah.....

Nak tahu lagi... sila kesini Malaysia Anglers Forum