Tor Tombroides(Malaysian Masheer)


This Kelah was cought at Nasional Park(Taman Negara) Kuala Koh Kelantan


IKAN kelah (Tor tambroides) atau Malaysian Mahseer bukanlah nama asing. Malah pelbagai gelaran diberikan kepada kelah, seperti permata sungai dan raja sungai.Kelah mempunyai keistimewaannya sendiri. Dari daging hinggalah ke sisiknya boleh dimakan. Dagingnya halus manakala sisiknya macam keropak apabila dibakar atau digoreng.Kepada kaki pancing, kelah sering menjadi buruan dan sentiasa diharapkan memakan umpan yang disediakan.

Tentangan yang diberikan kelah jarang dapat ditandingi oleh ikan sungai lain. Habitat semula jadi yang biasa terdapat ikan ini ialah sungai yang berair jernih, berarus deras dan dasar yang berpasir atau berbatu-batu terutamanya di bahagian hulu sungai.

Pada masa ini lokasi yang masih banyak menyimpan khazanah berharga ini ialah sungai di Taman Negara. Oleh sebab ia sentiasa diburu tanpa kawalan, ia kini menghadapi bahaya kepupusan.Justeru itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan satu penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi terhadap permata sungai itu.Ia bertujuan membantu membiakkan ikan kelah ini dalam bentuk semulajadinya dan memastikan ia tidak menghadapi kepupusan pada satu hari nanti.

Projek Pembangunan Santuari Ikan Kelah Taman Negara di Kuala Tahan kini berhasil apabila kelah dapat dijinak dan dibiakkan di kawasan semulajadinya.Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeriana Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dr Hashim Hassan, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM5 juta untuk menjayakan projek ini dalam Rancangan Malaysia Ke-8 dari peruntukan keseluruhan RM20 juta."Ia adalah satu projek baru dan pertama di negara ini dalam usaha untuk memelihara dan memulihkan populasi kelah yang dikenal pasti spesies yang hampir pupus.

Sehubungan itu, menurutnya di sepanjang Sungai Tahan, akan dijadikan kawasan larangan untuk sebarang aktiviti menangkap ikan termasuk memancing bagi memastikan pembiakannya terus meningkat.Dr Hashim berkata, satu konsep baru memancing akan diperkenalkan buat julung kalinya di negara ini iaitu konsep 'tangkap dan lepas' tidak beberapa lama lagi.

Beliau berkata bagi memastikan projek santuari kelah ini berjalan lancar, seramai 16 orang penduduk tempatan dan 30 masyarakat Orang Asli dilantik sebagai warden ikan kelah di Taman Negara.Sementara itu, Profesor Dr Eddie Tan dari USM yang banyak membuat kajian dan penyelidikan mengenai kelah berkata spesies itu mampu dijinakkan melalui pewujudan santuari ikan.Beliau telah mencipta pelet khas yang sesuai untuk kelah dan kini ikan berkenaan menunggu kedatangan warden setiap hari.

Baru-baru ini wakil Joran dapat melihat sendiri bagaimana warden berkenaan memberikan kelah makanan dalam habitat semulajadinya di Lubuk Lohong dan Lubuk Tenong.Selain kelah ikan lain yang jinak berkeliaran menghampiri warden ialah tengas, sebarau, kerai, lampam, tenggalan dan kejor.Ikan berkenaan berebut makanan yang diberikan seolah-olah ia diternak di dalam kolam tanpa rasa takut kepada penghujung.Ketua warden,
Jamaluddin Hamzah, 65 berkata kelah diberi makan dua kali sehari. Beliau membunyikan loceng dan menyebut perkataan kelah! kelah!, kelah! berulang kali sebelum menabur pelet ke sungai.Apabila mendengar bunyi loceng dan nama kelah dipanggil ikan-ikan berkenaan akan menghampirinya.Menurutnya ketika ini terdapat 30-40 ekor kelah yang disifatkan jinak kerana tidak lagi takut kepada orang ramai sejak dua bulan lalu."Kelah besar yang terdapat di sini hanya sekitar enam hingga tujuh kilogram seekor berbanding beberapa tahun lalu seberat 20 kilogram seekor," katanya.

Kelah: The "king" of fish
[Photo]The "king" of the river fish - the "kelah" or Golden Mahseer - takes three years to grow to a size of three kilogram! To grow to 8 kg would take some 40 years, depending on its environment and food sources. The kelah (scientific name "Tor Tombroides") which is also known as the "empurau" in Sarawak and Mahseer in India, can be found in several main rivers in the country except Perlis. The prize fish which can fetch RM100 per kg, is now scarce as its population has dwindled either because of over-fishing or destruction of its habitat brought about by erosion. Anglers would have to persistent enough to trek into the upper reaches of the rivers to hunt for this game fish that foreigners call the "Malaysian Golden Mahseer". Among the places where anglers still go for the thrill of landing the fish are certain pools in the rivers of Taman Negara near Jerantut, like Sungai Tahan, Sungai Kenyam and Sungai Tembeling. Sungai Nenggiri in Gua Musang is also a haven for these much sought after freshwater fish that can fetch a good price at fine dining restaurants in the country. Sadly these Malaysian masheer (or tambriodes) faces extinction and efforts are underway to protect this endangered species.

Ada dua perkara yang akan dirasai oleh mereka yang baru melibatkan diri atau berjinak-jinak dengan hobi memancing: Pertama, mereka tak rasa apa-apa dan mengangapnya biasa saja. Kedua, ada yang akan rasa seronok dan mengangap ada kelainan dalam diri. Bagi golongan kedua ini, keseronokan merupakan perasaan utamanya. Itu saja yang terfikir dan menyelubungi dirinya. Memang tak salah...kerana hobi memancing ini memang sentiasa dikaitkan dengan keseronokan. Tapi dalam keseronokan memancing itu harus juga difikirkan keburukan atau bahaya yang bakal menimpa pada diri sendiri, walaupun bukan itu yang diharapkan. Bagi kaki pancing, sebenarnya bahaya sentiasa menanti. Jadi gunakanlah kewarasan akal dan keupayaan berfikir untuk kebaikan diri.