Ikan Toman Bunga atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambutmendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas, dan ikan Bujuk. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Menjejak ikan toman bunga bukan lah satu perkara mudah kalau nak dibandingkan dengan seperti ikan jenis yang lain. Pengalaman saya menjejak Toman Bunga amatlah memenatkan dan penuh dengan cabaran. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam begitu mencabar sekali. Laluan pengangkut balak terpaksa dilalui. Meredah kayu mati dan ranting reput sesekali membuatkan kaki saya terjerlus kedalam selut yang hampir mencecah keparas peha.
Bila sampai dilubuk hati berasa puas dan lega. Sungguh saya tak menyangka bahawa lubuk Toman Bunga tidaklah sperti yg saya jangkakan. Toman Bunga lebih gemar bermain ditepian air yang berarus sederhana berbanding spesies Toman Harimau yang lebih kepada air yang dalam dan tiada berarus. Cerita selanjutnya disini www.malaysiaangler.com/forum
Subscribe to:
Posts (Atom)