Ikan Toman Bunga atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambutmendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas, dan ikan Bujuk. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Menjejak ikan toman bunga bukan lah satu perkara mudah kalau nak dibandingkan dengan seperti ikan jenis yang lain. Pengalaman saya menjejak Toman Bunga amatlah memenatkan dan penuh dengan cabaran. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam begitu mencabar sekali. Laluan pengangkut balak terpaksa dilalui. Meredah kayu mati dan ranting reput sesekali membuatkan kaki saya terjerlus kedalam selut yang hampir mencecah keparas peha.
Bila sampai dilubuk hati berasa puas dan lega. Sungguh saya tak menyangka bahawa lubuk Toman Bunga tidaklah sperti yg saya jangkakan. Toman Bunga lebih gemar bermain ditepian air yang berarus sederhana berbanding spesies Toman Harimau yang lebih kepada air yang dalam dan tiada berarus. Cerita selanjutnya disini www.malaysiaangler.com/forum
Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum cina yg menyambutnya. Khas buat member MAF juga. Hari ini tak kemana cuma lepak kat rumah saja. Habiskan masa cuti bersama keluarga. Sepatutnya saya ke Tasek Kenyir hari. Oleh kerana ada hal yang tak dapat dielekkan maka member MAF seramai sepuluh orang saja yang turun.
Harapan saya semoga mereka selamat sampai dan selamat kembali. Kalau takde aral mungkin mereka akan buat laporan memancing mereka di Malaysia Angler Forum.
Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru mengetahui Blog ini. Blog ini adalah sebahgian dari informasi terkini yang akan saya update dari MAF Forum. Tujuan saya adakan Blog MAF ni ialah untuk memberi peluang kepada member-member yang sudah mendaftar di Malaysia Anglers tetapi malu untuk berposting. Saya faham...keadaan itu sebab anda tidak mengenali dianatara satu sama lain. Oleh yang demikian silalah beri komen atau maklumat ayng anda ketahui disini. Terima Kasih. Sila datang lagi.