E-Book ini terhasil setelah bebrapa tahun saya buat kajian dan ianya adalah terbaik untuk memancing serta menjejak ikan kelah.

Pengalaman memburu ikan toman bunga amat memenatkan. Rasa nak patah balik bila laluan kelubuk memang begitu mencabar sekali. Laluan balak serta onak dan duri terpaksa ditempohi. Cabaran berbaloi bila ikan toman bunga berjaya ditawan. Saya bersama beberapa rakan yang lain mengambil ikan yang perlu saja. Memandangkan ikan toman bunga sudah hampir pupus.

Video ni hanya memuatkan koleksi lama semasa memburu kelah ditahun 80'an. Maklumlah masa tu mana ada video kamera lagi..jadi saya himpunkan sedikit gambar-gambar ikan kelah yang berjaya ditawan ketika itu.

Baru-baru ni sedang saya searching saya terjumpa image ikan kelah di MFN. Memang besar...tak heranlah ikan kelah itu ditawan sekitar tahun 70'an sebab saya pernah berkata kelah memang banyak waktu sekitar 70'an dan 80'an masa tu memang kurang sangat pemburu ikan kelah ni..


ikan :kelah
berat :18 kilogram
lokasi :sungai kelantan
tahun :sekitar 70an
rod/mesin:abu cardinal...
pemilik :che wan indera

sumber dari MFN



Memancing ikan sebarau boleh dikatakan senang jugak lah berbanding ikan kelah. Hanya teknik casting dan gewang(lure) yang tepat akan memberikan kesan yang baik. Pemilihan lure hendaklah bersesuaian dengan keadaan tempat atau lubuk ikan sebarau. Ada sesetengah lubuk ikan sebarau tidak memilih lure. Lure spoon pun sudah boleh memikat ikan sebarau yang bersaias mega. Sesetengah lubuk ikan sebarau pula lure yang berbentuk ikan tiruan serta color yang terang amat diperlukan. Lokasi atau lubuk ikan sebarau yang sering menjadi tumupuan ialah di Tasek Kenyir. Bulan dua belas sehingga bulan dua adalah tarikh yang seuai untuk memburu ikan sebarau. Dimana masa itu ikan sebarau sedang menganas dan berpesta.